Inilah Kehidupanku

Saturday, February 2, 2013

Nota BMM3117 ~ Bab 3 Teori Pemerolehan Bahasa~


BAB 3 ~TEORI PEMEROLEHAN BAHASA~
1.      Behaviorisme (Skinner)
2.     Mentalis (Chomsky)
3.     Interaksionalis (Halliday)
4.     Kod Kognitif

*        Teori: membantu memahami dan mengorganisasi data pengalaman, memberi makna rujukan yg sesuai
*        Fungsi:
1.      Mendeskripsi, menerang dan menjelaskan fakta
2.     Ramalan kejadian
3.     Mengendali dan mencegah
TEORI BEHAVIORISME
*        Pembelajaran sbg 1 proses mekanis utk membtk kebiasaan
*        Wujud hbgn dinamik antara rangsangan dan gerak balas + peneguhan
*        Kepentingan pengaruh persekitaran dalam belajar bahasa- berckp dgn orang lain
*        Ciri
1.      Proses mekanis akibat wujud hbgn antara rangsangan dgn tindak bls
2.     Gerak bls diulangi + ganjaran/ peneguhan positif
3.     Gerak bls yg sentiasa diulangi menjadi kebiasaan
*        Pelaziman klasik (Pavlov, Watson). Pelaziman operan (Thorndike, Skinner)
B.F. Skinner (tikus, burung)
1.      Teori lakuan: pantulan dan operan
2.     Pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas secara berulang-ulang
3.     Pengukuhan: positif (berterusan,berkala), negatif, x pengukuhan
E.L. Thorndike (kucing)
1.      Proses pembentukan  hubungan antara rangsangan dengan tindak balas beserta kepuasan
2.     Mengemukakan beberapa hukum pembelajaran
a.     Hukum Kesediaan: kognitif, afektif, psikomotor
b.     Hukum Latihan: R-G menjd kukuh dgn adanya pengulangan dan latihan
c.     Hukum Kesan: keseronokkan menjd berulang
3.     Implikasi
a.     Beri contoh sesuai utk jelaskan konsep
b.     Tugasan sesuai supaya wujud kelangsungan
c.     Bahan pembelajaran perlu disusun
Ivan Pavlov (anjing)
1.      Membabitkan rangsangan terlazim


Aplikasi/ Implikasi
1.      Fokus kpd pengukuhan, pengukuhan berjadual, pembentukan, penghapusan dan modifikasi tingkah laku
2.     Cara pembelajaran bahasa berlaku apabila rangsangan tidak terlazim dikaitkan dgn rangsangan terlazim
3.     Latihan yang cukup
4.     Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada
5.     Guna peneguhan, prinsip penghapusan
TEORI KOD KOGNITIF
*        Proses pembelajaran secara mental
*        Menyerap dan menyesuaikan dengan pengetahuan sedia ada
*        Kemampuan sudah terprogram secara biologis utk memiliki kemampuan kognitif
Jean Piaget
1.      Menggambarkan proses perkembangan intelektual berbahasa  bermula daripada usia bayi lagi
2.     Fungsi:
a.     Proses mendalam ttg cara berlakunya perkembangan kognitif iaitu asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium
b.     Cara pembentukan pengetahuan bahasa
c.     Tahap perkembangan intelektual bahasa
3.     6 prinsip teori perkembangan bahasa
i.      Teori ini menjelaskan mekanisme perkembangan individu
ii.     Tiada pengaruh genetic tetapi proses interaksi antara organisma dgn persekitaran
iii.    Kecerdasan berbahasa ialah proses adaptasi, pembentukan struktur  kognitif diperlukan dalam penyesuaian dgn persekitaran
iv.     Perkembangan intelektual dinilai berdasarkan kemampuan berfikir secara operasi formal
v.      Menghasilkan struktur kognitif yg kuat
vi.     Faktor pengaruh:persekitaran, kematangan, sosial, ekuilibrium
4.     4 tahap perkembangan kognitif
a.     Tahap sensori motor: meniru percakapan
b.     Tahap praoperasi: pengalaman konkrit
c.     Tahap operasi konkrit: memahami operasi logic dengan bantuan bahan konkrit
d.     Operasi formal: mampu berkata2 ttg sesuatu yg abstrak
Max Werthrimer
1.      Hukum Kedekatan
2.     Hukum Ketertutupan
3.     Hukum Kesamaan

Wolfgang Kohler
1.      Pembelajaran celik akal-pengalaman AhHa!
2.     Keupayaan menyelesaikan masalah apabila dapat melihat perkaitan antara rangsangan yang ada dalam persekitaran
Kurt Koffka
1.      Penyampaian yang sistematik
2.     Proses ingatan merupakan 1 pengalaman yg meninggalkan kesan pada otak
3.     Perjalanan masa berpengaruh terhadap proses ingatan
Jarome Brunner
1.      4 tema pendidikan
a.     Pentingnya pengertian ttg struktur pengetahuan
b.     Kesediaan belajar
c.     Menekankan nilai intuisi
d.     Motovasi dan keinginan belajar
2.     Tahap memperoleh pengalaman baharu
a.     Informasi: dapat pengalaman atau pengetahuan baharu
b.     Transformasi: memahami, mencerna dan menganalisis
c.     Penilaian: benar/ tidak
Robert M. Gagne
1.      Kategori pembelajaran: informasi verbal, kemahiran intelektual, perilaku dan strategi kognitif
2.     9 tahap pengolahan kognitif
i.      Bangkit perhatian
ii.     Nyatakan tujuan pembelajaran
iii.    Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
iv.     Sampaikan isi pelajaran
v.      Bombing pembelajaran
vi.     Uji penguasaan
vii.    Beri maklum balas
viii.   Talsir pencapaian pembelajaran
ix.    Tingkat ingatan dan pemindahan pembelajaran
3.     Hierarki Pembelajaran Gagne
1.      Isyarat
2.     Gerak balas
3.     Rangkaian motor
4.     Bahasa
5.     Diskriminasi
6.     Konsep
7.     Prinsip
8.     Penyelesaian masalah
Ausubel
1.      Murid memperoleh pengetahuan bahasa melalui penerimaan dan bukan penemuan
2.     Proses pembelajaran bermakna dan pembelajaran verbal
Ciri
1.      Bahasa dihasilkan melalui proses mental
2.     Merumuskan bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi yang berlaku secara biologi
3.     Perkembangan bahasa mengikut aspek yang dikuasai
4.     Penguasan bahasa berdasarkan logic dan boleh difahami
5.     Pembelajaran bahasa tudak melalui kebiasaan, ulangan dan latih tubi
6.     Pembelajaran melalui proses dalaman
7.     Ungkapan yang hendak diucapkan perlu difikirkan terlebih dahulu
Implikasi
1.      Isi kandungan mengikut perkembangan kognitif
2.     Guru sebagai fasilitator

TEORI MENTALIS
1.      Mengutamakan proses berfikir
2.     Perkembangan bahasa mengikut tahap umur
3.     Kemahiran tulisan dan bacaan diutamakan
4.     Mengutamakan penyampaian makna
5.     Tatabahasa diajar secara formal melalui kaedah deduktif
6.     Manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device)- kebolehan menguasai bahasa secara semula jadi
7.     Kanak2 menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum belajar bertutur
8.     Menekankan kepada 3 perkara utama
a.     Proses perkembangan pemikiran kanak2: diajar secara berperingkat2
b.     Pembelajaran mengikut kadar kendiri
c.     Berpusatkan murid

TEORI INTERAKSIONALIS
1.      Pemerolehan bahasa melalui interaksi
2.     Persekitaran luaran dan faktor bawaan swmula jadi
3.     Ciri-ciri penguasan bahasa
1.      Menguasai bahasa kerana ingin memenuhi keperluan utk berinteraksi
2.     Menguasai fungsi informative selepas fungsi ujaran bahasa
3.     Berupaya menyatakan satu2 fungsi
4.     Dibantu menguasai bahasa
5.     Penyampaian makna diutamakan

No comments:

Post a Comment