Inilah Kehidupanku

Friday, November 18, 2011

Dinner 11.11.11

Baru sahaja habis duduk kertas pertama peperiksaan, esoknya ada majlis makan malam IPG Kampus Sarawak. Aduhai, ingatkan 17hb. Jadi saya pakai baju warna ungu sajalah sebab tidak sempat pergi membeli-belah..hehe...cantik tarikhnya..11.11.11
with roomate



Ping Yen and I

yesss

Gadis Tenom

Ping Ping and Suhaila

Batu Pahat dan Tambunan





Ini dia Ron

ehem....







mmuuah







With Madam Rebecca....











Saturday, June 25, 2011

Sesuci Kasih Adam

Sesuci Kasih Adam

Berkubur satu perasaan,
Jauh di bawah timbunan pembohongan,
Meninggalkan kesan berdarah,
Di hati mawar muda berparut durinya sendiri.

Derita dengan bayang kepedihan,
Kau sirami dengan butir pelangi,
Kepercayaan permata kasih,
Kau teguhkan dengan kasihmu.

Di saat diri di lorong kegelapan,
Engkau tiupkan sinar permata,
Menuntunku di taman yang penuh dengan kegembiraan,
Cahaya yang menyinari setiap bungaan,
Sehingga durinya sendiri tak terdaya mencapainya.

Masa berlalu meninggalkan pelbagai sejarah,
Tanpa kusedari cinta berputik di tanah gersang,
Mekar bunganya di musim kemarau,
Takkan kulepaskan dirimu Adam,
Kerana hati telah kau miliki.

Bani11






Wednesday, March 9, 2011

Buatmu Kasih

Ayahanda dan bonda yang dirindui,
Di rantau asing bagi anakanda,
Ketiadaanmu mengajar anakanda menjadi lebih berdikari,
Cabaran lebih tabah anakanda hadapi.

Biar sesibuk manapun ayahanda dan bonda,
Anakanda tidak dikau lupakan,
Bicara lembutmu umpama air menyirami padang pasir,
Penyinar jiwa di kala kegelapan.

Kasihmu...
Tiada kata mampu menandingi kasihmu,
Tidak terkira nilai kasihmu,
Hanya salam dan kasih yang mampu anakanda berikan.

Bani11

Tuesday, March 8, 2011

Kasihmu Permata

Bayang wajahmu selalu bermain dalam kotak fikiranku,
Terkenangkan dirimu yang jauh dariku,
Diriku ini pula tidak pernah pudar dalam hatimu,
Kasihmu ibu tak pernah mengecewakanku.

Ketegasanmu mendidik sepanjang hidupku,
Kasih yang tersirat di balik wajah bengismu,
Mengajarku lebih tabah dan kuat dalam cabaran,
Ketulusanmu ayah tak pernah menyakitiku.

Diam kusendiri di menara gading,
Tanpa akar dan dahan yang menyokong,
Mengenangmu membuat diriku lebih berdikari,
Lautan mengganas tidak kugentar.

Kasihmu ayah dan ibu,
Ingin kusirami seribu butiran permata  penghargaan,
Dorongan dan sokonganmu tak pernah putus,
Berdiri teguh anakmu di perantauan.
Bani2011

Friday, February 11, 2011

Fikirkan

Hari Kekasih semakin hampir. Namun, Hari Kekasih bukan bermaksud hanya untuk pasangan kekasih sahaja tetapi untuk orang yang kita sayangi (keluarga,rakan-rakan,...). Apa yang perlu anda buat pada hari tersebut supaya hari itu menjadi lebih bermakna?