Inilah Kehidupanku

Tuesday, May 1, 2012

Hadiahku

1.5.2012
Vincci Hadiahmu
Cuti Pekerja.
Yeaa....keluar bersama dengan dia pergi Parkson. Memang tiada niat di hati beli kasut baharu tapi bila nampak kedai Vincci buat sales, tergerak hati masuk dalam kedai tu. Wahhh...bestnya,banyak kasut cantik-cantik. Berkenaanlah dengan sepasang kasut. Hati terpaut dah dan hampir nak beli. Tapi dia cakap "tengok kasut lain dulu kat kedai lain baru kita singgah beli"... tapi hati dah terpaut mana nak tengok kasut lain. Sengaja dia bawa jalan pergi kedai lain dan tidak mahu saya beli kasut tu. Dah kat kedai makan ditanya lagi "anje suka kasut yang mana satu? kasut jeans tadikah atau kasut yang kat Merdeka Mall?"...mestilah kasut tadi. Dah penat sangat berjalan jadi tak jadi nak belilah. 
Di pertengahan jalan, dia suruhlah tunggu kat bawah pokok sebab nak pergi kencing. Hairan juga dia tak pergi buang air kecil kat kedai makan tadi. Tunggu punya tunggu rupanya dia pergi beli kasut tu...waaahhhh......tak terkata. Macam tak percayalah...hehe...gembira sangat sampai saya terus pakai kasut tu...TQ dear....tak apalah orang cakap saya menunjuk-nunjuk tapi saya nak hargai orang yang benar-benar menyayangi diri ini..
Oupus oku dika....

Bunga Mawar Untukmu

30 April 2012
Mawar Merah Jambu

Hari ini pergilah Parkson nak atur printer. Saya pergi dengan rumate dengan classmate. Teringin nak bagi sesuatu dengan dia. Masa nak balik, lalulah depan gerai bunga dalam Parkson. Saya singgah kejap nak beli sekuntum bunga mawar. Tiba-tiba penjual tu beri sekuntum bunga mawar merah jambu lagi. Rezeki jangan ditolak jadi terima sajalah. Gembira sangat. Macam manalah reaksi darling ni bila teman wanitanya yang beri bunga (p/s: dia pernah bagitau dia segan nak bagi bunga)..apa salahnya perempuan ambil langkah..hehe.
Saya bagi alasanlah dengan dia kata nak minta tolong kirim duit untuk adik (alasan nak jumpa). Terus aja dia datang lepas main takraw. Bila saya bagi aja bunga, tergelak dia...hahah...happylah tu...terharunya dia..HAPPY sangat tengok dia happy...