Inilah Kehidupanku

Saturday, February 2, 2013

Inilah Kehidupanku

Anje berasal daripada sebuah perkampungan yang indah. Kampung Anje terletak di daerah Tambunan iaitu Kampung Sunsuron. Di sinilah Anje dididik sampai Anje besar dan comel..hehe

Kampung Anje ini sangat sejuk pada waktu pagi dan malam. Airnya seperti air ais. Kalau di kampung, tidak mandi seharian pun masih wangi. Bahkan boleh jadi tiga hari tak mandi. 

Inilah pemandangan kampung Anje dari atas bukit...cantikkan?
Walaupun Anje berasal dari kampung, tetapi Anje sangat beruntung dapat hidup dalam suasana persekitaran yang sihat. Bebas pencemaran. Mak dengan bapa cuma petani tapi bukan sebarang petani..walaupun petani Anje dengan sekeluarga tidak pernah kekurangan keperluan..tengok ajalah gambar tu, banyak sawah..jimat duit dan dapat bagi makan beberapa generasi.
Ini adik Anje..kita jogging naik bukit..anda mampu?
Gambar kediaman Anje yang dikelilingi sawah ..sungguh menenangkan

No comments:

Post a Comment