Kali ini Anje nak cerita tentang pengalaman Anje PBS Fasa 2. Fasa ke-2 ni Anje buat kat SK Kampung Luak. Memandangkan tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam masa sehari, jadi masa yang lain Anje gunakan untuk menyiapkan laporan tugasan. Kali ni Anje melaksanakan tugasan bersama Doris The Greatest and CarLa (Carldson dan Pricellapetra)..
Mari Anje ceritakan perkara yang berlaku pada hari pertama.
Hari pertama semasa menunggu masa tamat persekolahan.. nampaklah murid-murid makan ice-cream. Teringinlah nak makan. Jadi Lala dengan Doris pergilah membeli ice-cream berpandukan alamat kedai yang diberi oleh murid-murid. Anje dengan Carl tunggu kat sekolah ajalah. Tunggu punya tunggu tidak jua balik Lala dengan Doris. Ni beli ice-creamkah atau buat ice-cream???
Nah, pergilah Anje dengan Carl mencari rupa-rupanya mereka pergi membeli ice-cream kat rumah orang dan terus beraya sekali. Punyalah jauh kedai ice-cream yang mereka pergi..haha..
Gara-gara beraya ni, maka ketinggalanlah bas IP jadi jalan kakilah pergi ke perhentian bas dengan muka tergelak. haha.. otw pergi bustop, lalulah seorang pak cik yang kerja kat IPG jemput anaknya..atas keikhlasan pak cik tu, akhirnya dapat pulang IPG tanpa naik bas awam. HAH! lain kali jangan beli ice-cream lagi. Tapi peristiwa inilah yang paling Anje suka dan rasa lucu sampai sekarang.
Sekolah yang Anje pilih ni memang kemudahannya lengkap tetapi perkhidmatan kantin di tahap sederhana kerana sepanjang Anje kat sekolah tu, Anje rasa makanan yang disediakan tidak mencukupi. Tapi ini bukan sesuatu isu yang besar sebab Anje nampak ramai murid-murid yang membawa bekalan. Anje rasa ada hikmahnya jua sebab murid dapat berjimat dan makanan yang dimakan adalah selamat..
panorama sekolah |
Guru-guru di sekolah ni pun bagus-bagus belaka. Kadang-kadang cikgunya bawa makanan dan makan bersama guru-guru lain.. sambal petai dan bubur buatan cikgu kat sana MEMANG sedap..nyum nyum....sampai sekarang masih mengidam. hahah....
sekitar sekolah |
Depan perhentian bas