Sesuci Kasih Adam
Berkubur satu perasaan,
Jauh di bawah timbunan pembohongan,
Meninggalkan kesan berdarah,
Di hati mawar muda berparut durinya sendiri.
Derita dengan bayang kepedihan,
Kau sirami dengan butir pelangi,
Kepercayaan permata kasih,
Kau teguhkan dengan kasihmu.
Di saat diri di lorong kegelapan,
Engkau tiupkan sinar permata,
Menuntunku di taman yang penuh dengan kegembiraan,
Cahaya yang menyinari setiap bungaan,
Sehingga durinya sendiri tak terdaya mencapainya.
Masa berlalu meninggalkan pelbagai sejarah,
Tanpa kusedari cinta berputik di tanah gersang,
Mekar bunganya di musim kemarau,
Takkan kulepaskan dirimu Adam,
Kerana hati telah kau miliki.
Bani11